TAWAU, 19 JUN – Program Ibadah Qurban JKR Zon Selatan telah disempurnakan oleh Jurutera Bahagian Tawau, Mohammad Izam bin Jamal diiringi oleh Jurutera Daerah Lahad Datu, Hadi bin Hamzah dan Jurutera Daerah Kunak, Siti Asmah binti Munir serta delegasi JKR Zon Selatan yang terlibat.

Program itu adalah bertujuan untuk meraikan sambutan Hari Raya Aidiladha dengan memupuk semangat kerjasama di kalangan pegawai dan kakitangan dalam menganjurkan sesuatu program di samping menghayati sirah pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail dalam melaksanakan perintah Allah S.W.T.
Program itu bermula dengan aktiviti menyembelih, melapah, memotong dan membahagikan daging korban yang dilakukan secara gotong-royong oleh kakitangan JKR Tawau dan peserta yang hadir.

Program berakhir dengan jamuan makan tengah hari untuk semua petugas dan peserta di Dewan Silimpopon, JKR Tawau.
