IMG_2629

KUDAT, 20 JUN – YB Menteri Kerja Raya Sabah, Datuk Ir. Shahelmey Yahya, berserta rombongan Kementerian Kerja Raya Sabah telah melakukan lawatan kerja ke daerah Kudat.

Taklimat disampaikan oleh JKR Kudat dan Jabatan Air Kudat sebelum meneruskan lawatan ke Kibing Port, Projek Lebuhraya Pan Borneo Pakej Kerja 14, Membina Jalan dari Bingolon ke Simpang Mengayau.

Seterusnya, lawatan diteruskan ke Projek Menaiktaraf Jalan Indrason – Pata – Rondomon, Empangan Milau dan Jalan Molong Kolong.

Turut serta dalam lawatan itu, Setiausaha Tetap Kementerian Kerja Raya Sabah, Datuk Ridhwan Roger Linus, Timbalan Pengarah Sektor Pan Borneo, Mohd Shamsul Nizam, Jurutera Daerah Kota Marudu dan Jurutera Daerah Pitas.

About The Author