JALAN NOROWOT, 4 JUL – Menteri Kerja Raya Sabah, Datuk Ir. Shahelmey bin Yahya, telah melaksanakan lawatan tapak ke Projek Pan Borneo WP08 (Naiktaraf Jalan Sepanggar ke Bulatan Berungis) dan memantau pembinaan saluran paip bagi LRA Telibong II Fasa 2 (Penambahan Kapasiti dari 80 Jlh ke 160 Jlh) yang dibina menerusi jajaran Pan Borneo WP08.


Turut mengiringi, YB Datuk Robert Tawik, Pembantu Menteri Kerja Raya Sabah, Datuk Ridhwan Roger Linus, Setiausaha Tetap Kementerian Kerja Raya Sabah, Azri, Penasihat Teknikal (Bekalan Air), Burhan Nuddin Mahmuddin, PSU Sektor Prasarana (JKR) Kementerian Kerja Raya Sabah mendengar taklimat perkembangan projek yang disampaikan oleh Phillemon Lajawai, Pengarah Kerja Raya Sabah, Tam Yin Foon, Timbalan Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah, jurutera dan pegawai jabatan serta wakil-wakil kontraktor berkaitan.


