PUTATAN, 9 & 10 JUL – Cawangan Stor telah mengadakan Kursus Tatacara Pengurusan Aset Kerajaan & Sistem Aset Alih (S2A) di Dewan Mini ULPK, Kementerian Kewangan Negeri Sabah, Menara Kinabalu.

Penceramah kursus adalah pegawai daripada Kementerian Kewangan Negeri iaitu Nursyazana Zainal dan Felicia Joseph Galais dan pegawai daripada Jabatan Bendahari Negeri iaituIzza Syaffinaz Saidi. Kursus telah dihadiri oleh seramai 48 pegawai dan kakitangan daripada JKR cawangan, bahagian dan daerah seluruh Sabah.
Kursus ini merupakan salah satu inisiatif yang diambil oleh Cawangan Stor selaku Unit Pengurusan Aset (UPA) jabatan dalam usaha untuk meningkatkan kefahaman dan kemahiran kakitangan yang melaksanakan tugas-tugas pengurusan aset alih serta pengisian S2A di peringkat cawangan, bahagian dan daerah. Latih amal penggunaan Sistem Aset Alih (S2A) memberi peluang kepada perserta untuk berinteraksi secara langsung dengan penceramah.

Melalui taklimat tersebut diharapkan pengurusan aset alih jabatan dilaksanakan dengan lebih cekap, teratur dan kemaskini selaras dengan peraturan-peraturan dan pekeliling-pekeliling yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Negeri Sabah.
