1

SEMPORNA, 31 JUL – JKR Semporna telah mengadakan gotong-royong bertemakan Go Green LDA, semalam.

Fokus utama aktiviti pada kali ini menjurus kepada penanaman pokok bunga di samping menjaga kebersihan kawasan persekitaran pejabat.

Ketua Biro Kebersihan dan Keceriaan JKR Semporna, Jaliha Okasa bersama kakitangan dan pelajar Latihan Industri seramai 8 orang bekerjasama menjayakan program ini.

Jurutera Daerah Semporna, Ir.Lim Dixon Amando [LDA] berharap agar program gotong-royong seperti ini dapat diteruskan sebagai usaha dalam menghijaukan lagi kawasan dalam dan luar bangunan pejabat.

About The Author