PITAS, 10 OGOS – Berlangsungnya Lawatan Rasmi YB Datuk Ir. Shahhelmey bin Yahya, Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Kerja Raya Sabah ke Daerah Pitas.

Lawatan ini dimulakan dengan sesi taklimat yang disampaikan oleh Mohammad Hazizul bin Ismail, Jurutera Daerah Pitas dan diikuti dengan Ardianshah bin Mat Salleh, Pegawai Kerja Air, Jabatan Air Daerah Pitas.
Taklimat ini menyentuh tentang Hala Tuju Daerah Pitas untuk terus membangun ke arahyang lebih kondusif. Taklimat ini berakhir pada pukul 12.00 tengah hari dan beralih ke arah lawatan tapak projek. Antara tapak projek yang terlibat adalah Jalan Telaga, Jalan Rosob Dandun, Jalan Salimpodon Mantus, dan lawatan ke Loji Rawatan Air di Jabatan Air Daerah Pitas.


Turut serta dalam lawatan ini adalah YB Datuk Sri Dr. Rudy Awah Pembantu Menteri 1, Kementerian Pembangunan Luar Bandar, merangkap Adun N.03 Pitas, YB Datuk Ridhwan Roger Linus, Setiausaha Kementerian Kerja Raya Sabah, Jasni Abu Suffyan Omar, Timbalan Setiausaha Kementerian Kerja Raya Sabah, Philemon Lajawai, Pengarah Kerja Raya Sabah, Haji Suhaimi bin Asbullah, Pengarah Jabatan Air Sabah, Hardi bin Laidin, Ketua Penolong Pengarah Cawangan Penyenggaraan Jalan, Nahlan bin Mehdunah, Pegawai Daerah Pitas dan Josz Band, Jurutera Daerah Jabatan Air Daerah Kota Marudu.


