SIPITANG, 12 OGOS – Majlis Penghargaan & Penyampaian Sijil kepada pelajar Latihan Industri di JKR Sipitang telah disampaikan kepada Spencer Dick Stanislaus daripada Adtec Batu Pahat jurusan Diploma Teknologi Kejuruteraan (Pemesinan) yang telah memulakan latihan industri pada 01 Februari 2024 sehingga 31 Julai 2024.

Jurutera Daerah JKR Sipitang, Ir. Syahbrina Binti Hj Osin dalam ucapan ringkas merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan mengucapkan ribuan terima kasih di atas komitmen, kerjasama dan sumbangan sepanjang menjalani latihan industri di JKR Sipitang.
Dalam majlis ini juga, Spencer Dick Stanislaus berkesempatan memberi penghargaan kepada Jurutera Daerah dan seluruh kakitangan JKR Sipitang di atas peluang yang diberikan serta kerjasama sepanjang sesi latihan industri tersebut.

Jurutera Daerah Sipitang turut menambah agar ilmu yang diperolehi digunakan dengan sebaiknya dan sebagai persediaan untuk melangkah ke alam pekerjaan yang sebenar.
