7

LAHAD DATU, 06 OGOS – Program ini disertai oleh beberapa pegawai dari Cawangan Penyenggaraan Jalanraya dan penolong jurutera dari JKR Lahad Datu.

Dua lokasi terlibat dengan program ini iaitu kawasan Jalan Pantai CH0.8 depan Masjid Ar-Raudah yang melibatkan Jalan Negeri dan (R13) CH127.250-CH127.900, Jalan Sandakan-Tawau, kawasan Bandar Sri Perdana yang melibatkan Jalan Persekutuan. Kawasan-kawasan ini dikawal selia oleh dua pasukan dan menyasarkan sekurang-kurangnya 70 kajian bagi kedua-dua jalan.

Kajian ini dijalankan dengan merujuk kepada bilangan statistik laporan aduan dan NCR di dalam rekod Cawangan Penyenggaraan Jalanraya setakat Disember 2023.

Sebelum program dilaksanakan, satu taklimat telah diadakan di Bilik Mesyuarat Jabatan Kerja Raya Lahad Datu sebelum kedua-dua pasukan bergerak ke lokasi masing-masing.

Program berjalan dengan lancar dan ditamatkan dua jam kemudian setelah mencapai sasaran yang ditetapkan.

Antara objektif program ini ialah untuk mengumpul data dan kajian untuk mengenalpasti perancangan pembangunan infrastruktur bagi memastikan sistem rangkaian jalanraya yang efisien dan efektif, menaik taraf jalan sedia ada, mengenal pasti keperluan-keperluan fasiliti jalan, mengumpul data untuk menjadi rujukan mana-mana pihak yang terlibat sama ada dalam perancangan, pelaksanaan dan penyenggaraan jalanraya serta mengeratkan silaturrahim bersama masyarakat.

About The Author