KOTA BELUD, 9 OGOS – Cawangan Stor Putatan telah mengadakan Mesyuarat Tahunan Ketua-Ketua Stor Jabatan Kerja Raya yang dihadiri oleh semua Ketua-Ketua Stor seluruh Sabah dan mesyuarat dipengerusikan oleh Ketua Penguasa Stor (KPS), Rosedah Md Said.

Mesyuarat tahunan ini bertujuan memberi peluang kepada ketua-ketua stor untuk menyuarakan isu-isu pengurusan stesen POL, perkongsian ilmu disamping mengeratkan lagi hubungan serta kerjasama baik di antara ketua-ketua stor.

Majlis Perasmian dan Penutupan Mesyuarat Ketua-Ketua Stor Tahun 2024 telah disempurnakan oleh Jurutera Bahagian Kota Belud, Asnijah Sibin di dewan terbuka JKR Kota Belud pada sebelah petang.



Pada tahun 2024, Pengurusan Stor Terbaik jatuh kepada JKR Daerah Keningau. Pengurusan POL dan Keceriaan Pejabat Terbaik jatuh kepada JKR Daerah Sipitang. Ketua Stor Cemerlang jatuh kepada Ramlan Othman daripada JKR Daerah Beaufort. KPS mengingatkan kepada semua ketua stor untuk sentiasa memastikan pengurusan POL dilaksanakan dengan cekap dan teratur. Keselamatan serta kebersihan stesen POL juga perlu dititikberatkan demi menjaga imej POL jabatan.
