5

PENAMPANG, 26 OGOS – Jurutera Daerah JKR Penampang, Ts. Mohd Fauzi Zikiri telah mempengerusikan mesyuarat tapak bagi Projek Naiktaraf Jambatan Sg. Moyog, Stesen Perikanan Babagon, Kg. Timpangoh – Kg. Lotong, Penampang.

Turut hadir dalam mesyuarat tapak tersebut ialah Penolong Pengarah Cawangan Jambatan, Ir. Scott Simon Bosuin, Jurutera Kerja Cawangan Jambatan, Nurfuada Afifa, Jurutera Kerja JKR Penampang, Daniel Herman, Penolong Jurutera, Garry David dan pihak kontraktor Bisajuta Sdn. Bhd.

Pelaksanaan projek ini telah dimulakan pada 9 Julai 2024 dengan tempoh pembinaan selama 24 bulan. Projek ini dijangka siap pada 8 Julai 2026.

Pelaksanaan terkini projek ini telah mencapai kemajuan fizikal sebanyak 20.76% berbanding yang dijadualkan sebanyak 0.40%, mendahului sebanyak 20.37% yang bersamaan dengan 70 hari.

Casting wall 3 cell culvert box in progress

About The Author