3

SEMPORNA, 26 SEP – Sijil Penghargaan Tamat Latihan Industri telah disampaikan kepada Mohd Azhar Omrah dan Maslinda Munding yang sedang menuntut di Universiti Malaysia Sabah dalam Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam yang telah memulakan latihan industri mereka pada 23 Julai – 27 September 2024.

Selain itu, sijil penghargaan turut diberikan kepada Meisha Shaqieerah yang berada di peringkat Diploma Teknologi Binaan Bangunan dari Kolej Vokasional Tawau. Beliau telah memulakan latihan industri beliau pada 22 April – 04 Oktober 2024.

“Kita sentiasa terbuka untuk menerima pelatih industri dan saya mengharapkan mereka memberi fokus kepada semua arahan-arahan yang diberikan dengan jayanya. Syabas dan tahniah kepada pelajar yang telah menyumbang kepada pejabat ini seperti reka bentuk kaunter pertanyaan dan carta organisasi baharu. Ianya adalah satu sumbangan yang harus menjadi contoh kepada pelatih yang lain. Terima kasih saya ucapkan,” demikian ucapan Jurutera Daerah Semporna, Ir. Lim Dixon di dalam majlis itu.

Menurut beliau, pejabat ini sentiasa menyokong program Latihan Industri seperti ini kerana dapat memberi pendedahan awal berkenaan dengan tugas-tugas dan fungsi JKR kepada pelatih industri.

“Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada JD Semporna kerana sudi menerima kami untuk menimba ilmu dan pengalaman baru. Tidak lupa juga kepada semua kakitangan JKR Semporna kerana telah memberi tunjuk ajar, pengalaman baru dan memberi peluang untuk kami mengalami sendiri alam pekerjaan yang sebenar,” dalam ucapan yang disampaikan oleh wakil pelatih kepada warga kerja JKR.

About The Author