TAWAU, 24 – 27 SEP – Cawangan Lebuhraya telah melaksanakan lawatan tapak bagi Projek Membina Jalan Tawau Bypass Dari Persimpangan Jalan Utara Ke Persimpangan Jalan Ranggu / Jalan Sandakan – Tawau (R013) dan Projek Membina Jalan Baharu Dari Kalabakan Ke Sempadan Malaysia – Indonesia (Simanggaris).

Projek Membina Jalan Tawau Bypass itu melibatkan Persimpangan Jalan Utara / Jalan Kuhara, Persimpangan Tawau Golf Club Hotspring / Jalan Air Panas Tiku, Persimpangan Jalan Tiku / Jalan Sin On Tiku dan Bengkel A&F Motor.



Bagi Projek Membina Jalan Baharu Dari Kalabakan Ke Sempadan Malaysia – Indonesia, Tinjauan Masa Perjalanan dilaksanakan untuk membuat perbandingan terhadap masa yang diambil melalui jalan sedia ada berbanding melalui jalan baharu yang akan dibina. Tinjauan Inventori Jalan turut dibuat untuk meninjau keadaan jalan sedia ada dan pembangunan di sepanjang koridor jalan.



Hadir dalam lawatan itu, rombongan Kementerian Kerja Raya Malaysia yang diketuai oleh Setiausaha Bahagian Perancang Jalan, Ir. Mohd. Fairuz bin Mohamad, Ketua Penolong Pengarah Cawangan Lebuhraya, Ir. Ts. Danny Hassan, wakil daripada JKR Tawau, Pegawai Daerah Kalabakan, Pengarah Urusan Jurutera Perunding Mustapa dan Rakan-Rakan serta pegawai-pegawai JKR dari cawangan yang terlibat.
