PENAMPANG, 30 SEP – Taklimat Tender dan Lawatan Tapak bagi Projek Menaiktaraf Jambatan Sg. Maang, KM0.900 Jalan Sugud Maang, Penampang telah diadakan di JKR daerah Penampang.


Sebaik sahaja selesai taklimat ringkas, rombongan tender bersama pegawai JKR yang terlibat bergerak ke kawasan projek berkenaan bagi mengadakan lawatan tapak.

Turut hadir ialah Jurutera Daerah, Ts. Mohd Fauzi Zikiri yang dibantu oleh urusetia dari pegawai JKR daerah Penampang.
