3

PENAMPANG, 14 OKT – JKR Daerah Penampang telah mengadakan pemeriksaan bersama Cawangan Penyenggaraan Jalan dan Cawangan Jambatan dari Ibu Pejabat JKR Sabah bagi Kerja-Kerja Pembinaan Semula Lantai Jambatan di KM1.337, Jalan Tulangis, Penampang.

Jambatan ini telah ditutup sementara bermula pada 15 Mac 2024 sehingga 15 Disember 2024 bagi memberi ruang kepada kerja-kerja pembinaan semula lantai jambatan yang dilaksanakan oleh pihak konsesi jalan raya iaitu Globinaco Sdn. Bhd.

Berdasarkan kepada pemeriksaan tapak yang dilaksanakan, jambatan ini akan dibuka kepada pengguna jalan raya pada 21 Oktober 2024 iaitu dua (2) bulan awal dari yang dijadualkan.

Pemeriksaan tersebut telah dihadiri oleh Jurutera Daerah Penampang, Ts. Mohd Fauzi Zikiri bersama Penolong Jurutera, Joyce Lynn Jitolis. Pegawai dari ibu pejabat yang turut hadir ialah dari Cawangan Penyenggaraan Jalan, Penolong Pengarah, Nasrullah Arifuddin dan Jurutera Kerja, Ir. Ts. Symus Dimok. Manakala, dari Cawangan Jambatan dihadiri oleh Penolong Pengarah, Ir. Scott Simon Bosuin.

About The Author