12

LAHAD DATU, 18 OKT – Biro Kebersihan dan Keceriaan JKR Lahad Datu, yang diketuai oleh Mariam binti A. Kadir bersama setiap kakitangan mengadakan program gotong-royong untuk membasmi nyamuk dan denggi serta memperindah kawasan kompleks JKR Lahad Datu.

Sesuai dengan nama gotong-royong yang berasal dari bahasa Jawa “gotong” (bermakna mengangkat) dan “royong” (secara bersama-sama) diamalkan sebagai sebahagian daripada cara hidup atau adat resam bangsa Melayu.

Objektif utama program ini adalah untuk mengekalkan kebersihan kawasan persekitaran dan luar pejabat, mencegah pembiakan nyamuk, memupuk kerjasama dan mengeratkan hubungan di antara kakitangan. Kakitangan JKR Lahad Datu bekerjasama dengan pihak Globinaco membersihkan kawasan pejabat khususnya kawasan parit dan longkang.

Jurutera Daerah Lahad Datu, Hadi bin Hamzah, menyatakan penghargaan dan terima kasih di atas penglibatan setiap kakitangan dalam program tersebut. Menurut beliau, program seperti ini akan diteruskan demi mencapai tahap kebersihan yang maksimum.

About The Author