1

SEMPORNA, 18 OKT – Mohd Felani Mursid selaku Pengerusi Kelab JKRS telah mengadakan majlis ringkas Penyampaian Sijil Tamat Latihan Industri kepada Erna Ermirah bt. Amil Hassan dan Siti Aisyah bt. Kamaruddin dari Universiti Malaysia Sabah dalam pengajian Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Kewangan dan Perbankan.

Sonny M. Bangsahan selaku Penyelia Latihan Industri di Unit Akaun telah menyampaikan sijil penghargaan dan cenderahati kepada dua pelatih industri tersebut yang telah memulakan latihan industri mereka pada 29 Julai – 18 Oktober 2024.

Dalam majlis ringkas itu, para pelatih sempat memberi penghargaan kepada Jurutera Daerah Semporna dan seluruh kakitangan.

“Kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Jurutera Daerah Semporna kerana sudi menerima kami untuk mencari ilmu dan pengalaman baru. Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua kakitangan di atas layanan baik dan ilmu serta pengalaman baru ini akan kami terapkan apabila kami menceburi alam pekerjaan di masa akan datang.”

 

About The Author