3

TAMBUNAN, 11 OKT – Berlangsungnya Program Lawatan Kerja Rasmi Pemantauan Projek Kementerian Kerja Raya Sabah yang dihadiri oleh Jasni Abu Suffyan Omar, Timbalan Setiausaha Tetap II KKRS, Jonathan Gisong, KPSU KKRS dan Zawanah Yasira daripada Sektor Infrastruktur, KKRS.

Lawatan ini dimulakan dengan sesi taklimat ringkas yang disampaikan oleh Ts. Calvin Jones Justin, Jurutera Daerah Tambunan bagi kerja-kerja menaiktaraf jalan persekutuan dan jalan negeri di daerah ini (Jalan Trusmadi, Jalan Lalapakon dan Jalan Pegalan). Taklimat ini menyentuh tentang kesan dan impak yang besar kepada penduduk setempat dengan adanya jalan yang selesa dan selamat serta dapat menjalankan aktiviti harian dengan lebih efektif.

Selain itu, telah memberi impak kepada sektor perlancongan di daerah Tambunan terutamanya bagi projek naiktaraf Jalan Trusmadi yang telah menjadi lokasi bagi acara Mount Trusmadi International Climbathon pada bulan Mei 2024 yang lalu.

Turut serta dalam lawatan ini adalah wakil-wakil daripada Cawangan Projek Jalan Luar Bandar dan Jurutera Awam dan Penolong-penolong Jurutera JKR Tambunan serta pihak kontraktor.

About The Author