2

KOTA KINABALU, 25 OKT – Seramai lapan orang penerima yang terdiri daripada pengawal – pengawal keselamatan yang berkhidmat di Ibu Pejabat JKR Sabah telah menerima bakul kasih ikhlas yang disumbangkan oleh kakitangan Cawangan Penyenggaraan Jalan (CPJ) sendiri.

Ketua Penolong Pengarah CPJ, Mohd Hardy Laidin @ Saidin dalam ucapannya memaklumkan bahawa program ini bertujuan untuk memupuk nilai kerjasama, kesepakatan dan kesejahteraan di antara kakitangan Cawangan Penyenggaraan Jalan (CPJ), selaras dengan salah satu teras utama cawangan iaitu Corporate Social Responsibility (CSR).

Beliau juga berharap agar amalan bersedekah dapat dipupuk dalam kalangan kakitangan CPJ di samping memberi bantuan kepada mereka yang lebih memerlukan. Diharapkan program ini dapat memberi manfaat dan kesedaran kepada semua pihak dan program seperti ini akan diteruskan di masa – masa akan datang.

About The Author