2

PENAMPANG, 28 OKT – Mesyuarat dan Lawatan Tapak Projek Menaiktaraf Jambatan Sg. Moyog, Stesen Perikanan Babagon – Kg. Timpango – Kg. Lotong, Penampang telah diadakan di Pejabat Tapak (Site Office) bagi tujuan pemantauan pelaksanaan projek.

Pelaksanaan projek ini telah mencapai kemajuan fizikal sebanyak 39.46% berbanding yang dijadualkan iaitu 2.47%. Ini mencatatkan kemajuan kerja fizikal di tapak telah mendahului jadual sebanyak 36.99% yang bersamaan dengan 115 hari.

Mesyuarat tapak tersebut telah dipengerusikan oleh Jurutera Daerah Penampang, Ts. Mohd Fauzi Zikiri.

Turut hadir, Jurutera Kerja, Daniel Herman dan Rosabelle Ailysa Richard, Penolong Jurutera, Garry David serta pasukan Kontraktor Utama Bisajuta Sdn. Bhd.

About The Author