SIPITANG, 28 OKT – Berlangsungnya satu Taklimat Keselamatan dan Operasi Saluran Paip Gas Sabah – Sarawak atau Sabah – Sarawak Gas Pipeline (SSGP) anjuran PETRONAS, Samur Sipitang yang dihadiri oleh semua kakitangan JKR Sipitang, pihak konsesi dan kontraktor di daerah Sipitang.

Taklimat itu memberi pengenalan berkenaan SSGP yang merupakan sebahagian daripada projek bersepadu minyak dan gas Sabah – Sarawak yang dibangunkan oleh PETRONAS.

Selain itu, pengenalan mengenai sistem keselamatan operasi seperti pusat kawalan beroperasi secara 24 jam, pemeriksaan berjadual, sistem pencegahan kekaratan paip, sistem pengesan kebocoran paip, pemeriksaan cerun, penyelenggaraan kawasan laluan paip dan seterusnya pemantauan udara.

Taklimat itu turut menyentuh tentang kesan dan impak yang besar kepada penduduk setempat di mana penting untuk semua komuniti mengetahui hal – hal berkaitan dengan SSGP. Di samping itu, sekiranya berlaku sebarang kebocoran gas, setiap komuniti dapat mengesan kebocoran gas lebih awal sebelum memaklumkan kepada pihak PETRONAS.

