TAWAU, 13 NOV – Telah diadakan Majlis Penyerahan Projek Pembinaan Baharu 2 Bilik Darjah Prasekolah dan Pembekalan Peralatan Serta Lain-Lain Kemudahan di SK Ranggu, Tawau yang disempurnakan oleh Jurutera Bahagian JKR Tawau, Mohammad Izam Bin Jamal.
Hadir sama dalam majlis itu, Guru Besar SK Ranggu, Yunus bin Patarai dan Pegawai Dari Pejabat Pendidikan Daerah Tawau, Matnoor bin Haji Sima. Projek yang menelan belanja sebanyak RM2.3 juta itu telah bermula pada 22 November 2023 dan siap sepenuhnya pada 9 November 2024.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Jurutera Bahagian Tawau selaku Pegawai Penguasa dengan kerjasama dan sokongan yang sangat baik daripada Pasukan Jurutera Bangunan, Jurutera Mekanikal dan Elektrik serta komitmen yang baik dari pihak kontraktor dan juga daripada pihak pelanggan iaitu Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan projek dan majlis penyerahan ini.
