2

PENAMPANG, 15 NOV – JKR Penampang telah mengadakan Majlis Sanjungan Budi, Lambaian Kasih sempena perpindahan Jurutera Kerja (J41), Daniel Herman ke JKR Lahad Datu.

Dalam masa yang sama, Majlis Selamat Datang juga turut diadakan bagi meraikan kedatangan Jurutera Kerja (J41), Rosabelle Ailysa Richard Jomiji.

Turut diraikan pegawai yang baharu berpindah dari Pejabat Daerah Penampang iaitu Mary Pauline Sipayang (Pembantu Tadbir, N19) dan Denish Sulingon (Pembantu Awam, H11).

Jurutera Daerah Penampang, Ts. Mohd Fauzi Zikiri dalam ucapan beliau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan mengucapkan terima kasih kepada Daniel Herman di atas usaha, kerjasama dan komitmen yang telah diberikan sepanjang berkhidmat di JKR Penampang.

Ts. Mohd Fauzi Zikiri juga turut mengalu-alukan kehadiran ketiga-tiga pegawai yang baharu melaporkan diri di JKR Penampang dan berharap agar dapat bekerja secara berpasukan dalam melaksanakan tugas di JKR Penampang.

 

About The Author