IMG_4320

KOTA KINABALU, 19 & 20 NOV – Lembaga Juruukur Bahan Malaysia dengan kerjasama Jabatan Kerja Raya Sabah telah menganjurkan Seminar Salient Construction Contract Issues Explained yang dilaksanakan di Hotel Klagan, Kota Kinabalu, Sabah.

Seminar yang diadakan selama dua hari itu memuatkan lapan (8) modul yang disampaikan oleh Sr Jaspal Singh a/l Nachatar Singh, Juruukur Bahan Kanan, Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat, Jabatan Kerja Raya Malaysia untuk dibincangkan bersama dengan peserta yang terdiri daripada pihak Kontraktor, Pemaju, Pengurus Projek, Arkitek, Jurutera, Juruukur Bahan, Agensi Kerajaan dan lain-lain yang berkaitan.

Turut serta dalam seminar itu, Ketua Penolong Pengarah Cawangan Ukur Bahan, Sr. Judith@Jenny Lupi, Ketua-Ketua Penolong Pengarah serta Jurutera-Jurutera Bahagian dan Daerah yang lain.

 

About The Author