3

KEPAYAN, 25 NOV – Cawangan Penyenggaraan Jalan telah menganjurkan Taklimat Penggunaan Aplikasi JKR Road Audit (bagi pegawai teknikal JKR Sabah), JKR Road Inspection (bagi konsesi JKR sabah), E-Bencana (bagi pengguna JKR Sabah-Daerah) dan JKR Public Complaints (bagi pengguna awam), yang diadakan di Cawangan Institut Latihan dan dirasmikan oleh Ketua Penolong Pengarah Cawangan Penyenggaraan Jalan, Mohd Hardy bin Laidin.

Taklimat tersebut disampaikan oleh wakil daripada Elegant Aspire Sdn Bhd dan dihadiri oleh kakitangan dari Cawangan Penyenggaraan Jalan, Cawangan Ukur dan Sokongan Maklumat, Cawangan Jambatan, Cawangan Makmal dan Penyiasatan, Cawangan Trafik dan Pengangkutan, JKR Bandaraya Kota Kinabalu, JKR Daerah Tuaran, JKR Daerah Penampang dan JKR Daerah Papar.

Dalam ucapan KPP Cawangan Penyenggaraan Jalan, beliau berkata,  taklimat itu dapat membantu pegawai yang terlibat untuk memahami dengan lebih mendalam mengenai tatacara penggunaan aplikasi tersebut serta data yang dikumpul dijadikan sebagai rujukan dari semasa ke semasa terutama sekali dalam memperbaiki kerosakan jalan di bawah seliaan JKR Sabah.

About The Author