44

KOTA KINABALU, 20 DIS – Cawangan Penyenggaraan Jalan telah menganjurkan program akhir tahun iaitu Pertandingan Dart Berkumpulan dan Acara Pertukaran Hadiah sempena Hari Natal tahun 2024.

Sebanyak 8 kumpulan telah bertanding di mana setiap kumpulan mempunyai ahli seramai empat hingga lima orang. Pengerusi penganjur, Penolong Pengarah, Nasrullah bin Ariffudin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa yang terlibat kerana memberi kerjasama dalam menjayakan program tersebut.

Ketua Penolong Pengarah, Hardy bin Laidin dalam ucapan perasmiannya, beliau menekankan lima perkara yang perlu dipraktikkan dalam cawangan ini iaitu, Pengurusan, Teknikal dan Kewangan, Keceriaan Pejabat, Sukan dan Rekreasi serta Corporate Social Responsibility (CSR).

Di akhir ucapan, beliau mengucapkan tahniah kepada pengerusi penganjur bersama ahli jawatan kuasa terlibat kerana telah menunjukkan kerja berpasukan bagi  menjayakan aktiviti akhir tahun sebagai penutupan aktiviti cawangan ini bagi tahun 2024.

About The Author