08 & 09 JAN – Cawangan Penyenggaraan Jalan dan Cawangan Cerun telah mengadakan lawatan pemeriksaan ke daerah Sipitang, Tenom, Tambunan dan Ranau bagi meninjau beberapa lokasi jalan yang mengalami kerosakan disebabkan oleh hakisan tebing sungai dan cerun runtuh.


Cawangan Penyenggaraan Jalan diketuai oleh Penolong Pengarah, Nasrullah bin Arifuddin, manakala Cawangan Cerun diketuai oleh Jurutera, Mohd. Irfan bin Jupri. Turut hadir dalam lawatan tersebut adalam Jurutera Daerah JKR Sipitang, Ir. Syahbrina binti Osin, Jurutera Daerah JKR Tambunan, Ir. Calvin Jones Justin, wakil dari pejabat JKR Tenom, JKR Ranau dan syarikat konsesi serta kontraktor penyenggaraan.


Tujuan lawatan itu diadakan adalah untuk menilai tahap kerosakan yang berlaku serta menentukan kaedah pembaikan yang bersesuaian. Antara lokasi yang terlibat adalah Jalan Pantai Luagan, Sipitang, Jalan Tenom Kuala Tomani, Tenom, Jalan Pahu Sintuong Tuong, Tambunan, Jalan Randagong Himbaan dan Jalan Tenompok Bundu Tuhan, Ranau.

