KOTA KINABALU, 06 FEB – JKR Sabah telah menerima kunjungan hormat dari Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU), yang diketuai oleh Timbalan Ketua Pengarah Sektor Pemantauan dan Penilaian Pembangunan, Datuk Haji Muhamad Zamani bin Mohd Ali.

Kunjungan itu bertujuan untuk membincangkan Isu-isu Pelaksanaan Program / Projek Pembangunan Kerajaan Persekutuan di Negeri Sabah dan Pemerkasaan Sistem MyProjek.


Hadir sama, rombongan dari Pejabat Pembangunan Negeri Sabah (PPN) yang diketuai oleh Pengarah PPN Sabah, Samsul Dollah.
