9

LAHAD DATU, 15 FEB – Gotong-royong Surau Ar-Raudah Kuarters JKR Lahad Datu telah diadakan sebagai persiapan menyambut kedatangan bulan Ramadan yang menjelang tiba.

Kawasan yang dibersihkan adalah bahagian dalam dan luar persekitaran surau. Antara aktiviti yang dijalankan adalah menyapu, membuka sawang, mengelap cermin, menggantung langsir, mencabut dan membuang rumput liar, mengecat surau, memberus dan menyental tempat mengambil wuduk, menggembur tanah dan banyak lagi.

Majoriti penghuni kuarters dan beberapa kakitangan yang tinggal di luar kuarters telah menyertai gotong –royong ini yang diketuai oleh Ahmat bin Hanapi.

Kakitangan JKR Lahad Datu masing-masing menyumbang pelbagai juadah sepanjang program berlangsung. Setiap kakitangan dan keluarga yang menyertai gotong-royong ini menunjukkan semangat dan kerjasama yang amat baik.

Peralatan dan kelengkapan kegunaan gotong-royong telah disumbangkan oleh banyak pihak.

Antara manfaat gotong-royong ialah memupuk semangat perpaduan antara satu sama lain, memudahkan tugasan atau kerja, menjamin kebersihan persekitaran, mewujudkan persekitaran yang cantik dan teratur, melahirkan masyarakat yang bertanggungjawab dan menjimatkan perbelanjaan dan kos penyelenggaraan.

About The Author