KUDAT, 11 FEB – Cawangan Senggara Bangunan telah memulakan siri lawatan pemeriksaan tapak bermula di daerah Kudat bagi Projek Pembaikan Pejabat Jabatan Imigresen Kudat yang bertujuan untuk memeriksa aspek keselamatan dan pembaikan.

Lawatan itu disertai oleh Cawangan Kejuruteraan Awam dan Struktur, Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, Cawangan Kejuruteraan Elektrikal dan Jurutera Bahagian Kudat.


