WhatsApp Image 2025-03-20 at 19.28.18_9eb960c6

NABAWAN, 13 MAC – Persatuan kakitangan Islam (PKI) JKR Sabah telah menganjurkan Program Jelajah Ramadhan Zon Pedalaman yang bertempat di Mini Dewan JKR Nabawan.

Zon Pedalaman yang terdiri darpada JKR Tenom, JKR Keningau, JKR Nabawan, dan JKR Tambunan, menjadikan program ini sebagai platform bagi mengeratkan ukhuwah sesama warga jabatan serta menyantuni masyarakat setempat.

Bagi tahun 2025, JKR Nabawan dipilih sebagai tuan rumah bagi Zon Pedalaman. Majlis dimulakan dengan ketibaan para jemputan dan penerima sumbangan, diikuti bacaan doa oleh Ustaz Mohd. Ikhwan. Jurutera Daerah Nabawan, Ahmad Fairuz bin Yunus, dalam ucapannya, melahirkan rasa syukur dan berterima kasih atas kehadiran tetamu yang di luar jangkaan. Seterusnya, YDP PersatuanKakitangan Islam (PKI) JKR Sabah, Mohd Hardy bin Laidin@Saidin, turut berucap, menyatakan kebanggaannya kerana pernah berkhidmat di JKR Nabawan pada tahun 2013 sehingga 2017, serta melihat banyak perubahan di kompleks JKR Nabawan.

Majlis disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Sektor Pan Borneo, Shamsul Nizam bin Abd Wahid, mewakili Datuk Pengarah JKR Sabah. Dalam ucapannya, beliau menzahirkan rasa syukur atas kejayaan penganjuran program ini, yang memberi manfaat kepada anak-anak tahfiz, anak yatim, golongan asnaf, dan ibu tunggal. Beliau turut tersentuh melihat kegembiraan anak-anak menikmati makanan yang disediakan dalam setiap Program Jelajah Ramadhan. Majlis diteruskan dengan tazkirah Ramadhan, berbuka puasa, solat berjemaah, makan malam, serta penyampaian sumbangan kepada golongan yang memerlukan. Sebagai tanda penghargaan, cendera kenangan khas diberikan kepada YDP PKI JKR Sabah dan Timbalan Pengarah JKR Sabah.

Acara diakhiri dengan solat Isyak, solat sunat Tarawih dan Witir, serta jamuan moreh pada jam9.30 malam. Seramai 170 orang jemputan yang telah hadir, termasuk pegawai JKR dari pelbagai daerah serta wakil agensi kerajaan. Pihak penganjur berharap agar program ini dapat diteruskan sebagai tradisi tahunan untuk mengeratkan lagi silaturahim, memperkukuhkan nilai kekeluargaan dan kebajikan dalam masyarakat.

About The Author