PENAMPANG, 20 APR – Jabatan Kerja Raya (JKR) Penampang telah diberi mandat sebagai agensi teknikal utama di peringkat daerah bagi Projek Naik Taraf Jalan Donggongon – Tambunan, yang melibatkan jajaran dari Persimpangan ITCC ke Jalan Datuk Panglima Banting.

Pada peringkat pelaksanaan, JKR Penampang turut terlibat secara langsung dalam sesi libat urus bersama pihak kontraktor, perunding, dan agensi berkaitan bagi menyelaras isu-isu teknikal serta cabaran lapangan. Komitmen berterusan JKR Penampang dalam pelaksanaan projek ini mencerminkan aspirasi jabatan untuk menyokong inisiatif pembangunan infrastruktur kerajaan di bawah gagasan MADANI.
Lawatan kerja oleh YB Dato Seri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya Malaysia, ke tapak projek baru-baru ini turut mengukuhkan keprihatinan kerajaan Persekutuan terhadap pembangunan infrastruktur jalan persekutuan di Sabah.

