Screenshot 2025-05-08 162147

PENAMPANG, 25 APR – JKR Penampang telah menganjurkan satu majlis korporat yang menggabungkan tiga acara utama iaitu Sambutan Hari Raya Aidilfitri, Penyampaian Sijil Tamat Latihan kepada pelajar industri, serta Sambutan Hari Lahir bagi kakitangan yang lahir pada bulan Mac hingga April 2025.

Majlis ini bertujuan untuk meraikan sambutan Aidilfitri bersama warga jabatan, memberi penghargaan kepada pelajar industri yang telah menamatkan latihan mereka iaitu, Augusta Edwin, serta menzahirkan penghargaan kepada kakitangan JKR Penampang di atas komitmen berterusan kepada jabatan.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran tetamu istimewa iaitu mantan Jurutera Daerah, Ts. Mohd Fauzi Zikiri serta mantan Jurutera Awam JKR Penampang, Daniel Herman yang turut meluangkan masa bersama kakitangan dan pelajar. Kehadiran mereka menyerikan suasana dan menjadi simbol hubungan erat yang berterusan antara bekas dan warga semasa jabatan.

Penyampaian sijil telah disempurnakan oleh Jurutera Daerah Penampang, Raynner Joseph dan diiringi oleh pengurusan jabatan. Program diakhiri dengan jamuan ringan serta sesi bergambar sebagai kenangan.

Majlis ini mencerminkan komitmen JKR Penampang dalam membudayakan suasana kerja yang inklusif, menghargai setiap individu, serta memperkukuhkan hubungan silaturahim dalam organisasi.

About The Author