2

KOTA MARUDU, 21 MEI – Majlis Penghargaan & Penyampaian Sijil kepada pelajar Latihan Industri di JKR Kota Marudu telah disampaikan kepada Aaron Oneall Cliff Shen. Beliau merupakan penuntut Diploma Kejuruteraan Awam dari Politeknik Kota Kinabalu yang telah memulakan latihan industri selama lima (5) bulan yang bermula pada Januari 2025 sehingga 22 Mei 2025.

Jurutera Daerah JKR Kota Marudu, Ts. Mohd Fauzi Zikiri dalam ucapan ringkas merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan mengucapkan ribuan terima kasih di atas komitmen, kerjasama dan sumbangan sepanjang menjalani latihan industri di JKR Kota Marudu.

Sepanjang tempoh latihan dibawah seliaan Penolong Jurutera, Ts. Christine Madatang, beliau telah menunjukkan komitmen, disiplin serta semangat kerja yang tinggi.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Penolong Jurutera Kanan, Ahmad Mahmud, Ketua-Ketua Unit dan Kakitangan JKR Kota Marudu.

Terima kasih dan selamat maju jaya diucapkan kepada Aaron Oneall Cliff Shen. Semoga semangat yang ditonjolkan sepanjang dalam latihan industri dapat dikekalkan walau di mana pun beliau ditempatkan.

About The Author