KINARUT, 23 MEI – Persatuan Kakitangan Islam JKR Sabah (PKI) yang diketuai oleh Yang di-Pertua Mohd Hardy Laidin, telah menganjurkan Program Amal Ke Rumah Warga Tua Sri Pritchard, Kinarut.

Kehadiran rombongan PKI JKR Sabah disambut baik oleh Jahidin bin Sahibin, Pengetua Rumah Warga Tua Sri Pritchard. Program dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada beliau disusuli dengan ucapan balas daripada Yang di-Pertua PKI JKR Sabah, Mohd Hardy Laidin.


“Kita memberi sokongan penuh untuk program amal seperti ini dan berusaha membantu sedaya yang boleh untuk menjayakan program yang berbentuk kebajikan,” beliau berkata dalam ucapan pada pagi itu.

Cendera kenangan dan sumbangan disampaikan sebelum rombongan dibawa melawat ke Wad Pesakit Terlantar (Ward Bedridden). Wad Pesakit Terlantar merupakan bangunan baharu yang diserahkan oleh JKR Sabah kepada Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am (JPKA) Sabah yang telah siap dibina tahun lalu. Pembinaan wad tersebut adalah demi keselesaan pesakit yang uzur serta petugas yang terlibat.




Hadir sama, Ketua Penolong Pengarah Cawangan Pembangunan dan Korporat, Ts. Adzizah@Suzianah bt Akul, Ketua Penolong Pengarah Cawangan Institut Latihan, Sarinah bt Guriaman bersama beberapa pegawai JKR Sabah yang lain.
