4

KOTA KINABALU, 28 MEI – Datuk Philemon Lajawai, Pengarah Kerja Raya Sabah telah mempengerusikan Mesyuarat Pengurusan Jalan Bil.3 yang dihadiri oleh Timbalan-timbalan Pengarah, Ketua-ketua Penolong Pengarah, Jurutera-jurutera Bahagian / Daerah serta pihak konsesi yang terlibat.

Sempena sambutan perayaan Pesta Kaamatan pada bulan ini, Cawangan Penyenggaraan Jalan telah menetapkan kod pemakaian bertemakan pakaian tradisional dalam mesyuarat tersebut.

Selesai mesyuarat tersebut, diadakan juga Pertandingan Pakaian Tradisional Terbaik dimana juri jemputan daripada Cawangan Cerun, Marlyn Lajangan.

Datuk Pengarah mengucapkan tahniah kepada KPP Cawangan Penyenggaraan Jalan, Mohd Hardy bin Laidin kerana dapat membuat kelainan dengan menerapkan nilai-nilai acara perayaan bulan kaamatan dalam mesyuarat kali ini dan berharap acara seumpama itu dapat diteruskan dalam mana-mana mesyuarat berkaitan yang akan datang.

About The Author