Untitled

SEMPORNA, 10 JUN – Jurutera Daerah Semporna, Ir. Lim Dixon Amando merangkap Penasihat Kelab JKR Semporna, bersama-sama mantan Jurutera Daerah Semporna, Ts. Mohd Fauzi Zikiri, hari ini telah mengadakan program korban daging lembu sempena sambutan Hari Raya Aidiladha.

Dalam program itu, seramai 7 orang yang telah menyumbangkan daging korban iaitu Ts. Mohd Fauzi Zikiri, Mohd Fellani Mursid, Sonny Mohd Bangsahan, Nur Adzia Dzulkarnain, Sitti Khalizah Ab Razak, Rozaynah Mohd Yayah dan Norazni Amir Hassan.

Proses penyembelihan lembu telah dibantu oleh ahli Pusat Rawatan Islam Ruqyah Darul Dakwah Semporna. Semua kakitangan dan pelajar latihan industri turut sama bergotong royong melapah daging, menimbang dan mengagihkan daging korban kepada golongan asnaf serta anak-anak yatim.

About The Author