KOTA KINABALU, 11 JUN – JKR Sabah telah menerima kunjungan hormat daripada Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional (JPNIN) Negeri Sabah, yang diketuai oleh Rina Ab Harun, Pengarah JPNIN Negeri Sabah.

Mesyuarat itu dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah Sektor Bangunan, Ir. Evelyn Pius. Objektif kunjungan itu adalah untuk membincangkan hal-hal berkaitan bangunan, termasuk keperluan kemudahan fizikal dan penyelarasan teknikal serta memperkukuhkan kerjasama di antara kedua-dua agensi kerajaan, khususnya dalam aspek pembangunan infrastruktur dan teknikal.

