JERAYAWARA INTEGRITI

SANDAKAN, 14 JUN  – Bahagian Integriti dan Governans Negeri Sabah, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dengan kerjasama Majlis Perbandaran Sandakan telah menganjurkan program Jerayawara Integriti yang dilaksanakan di Dataran Harbour Mall, Sandakan.

Jerayawara Integriti dilaksanakan berasaskan prinsip Humanizing Service Delivery dan To Serve With Soul dalam sistem penyampaian awam yang diperkenalkan oleh YB DSP Sr. Hj Safar bin Untong, Setiausaha Kerajaan Negeri.

Tujuan program itu diadakan adalah untuk mewujudkan peluang kepada setiap agensi kerajaan negeri mendekati dan menjalinkan hubungan baik dengan rakyat, menjadi platform interaktif antara agensi awam dan masyarakat, mencipta kesedaran yang lebih meluas serta memperkukuhkan persepsi positif masyarakat terhadap usaha kerajaan dalam pembangunan negeri melalui pengurusan Governans Integriti dan Antirasuah (GIA).

Antara agensi-agensi yang terlibat dalam program itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Agensi Antidadah Kebangsaan, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, Jabatan Perhutanan Sabah, Jabatan Kerja Raya Sabah, Jabatan Air Negeri Sabah, Jabatan Perkhidmatan Pembetungan Sabah, Jabatan Pengairan dan Saliran Sabah, Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am, Jabatan Pertanian Negeri Sabah, Jabatan Perikanan Sabah, Jabatan Hidupan Liar, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Sabah, Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat, Majlis Perbandaran Sandakan, Usahawan IKS dan kraftangan.

About The Author