5

KOTA KINABALU, 12 JUN – Bertempat di Dewan Mini JKR Bandaraya telah diadakan Majlis Serah Tugas di antara Ts. Zulkefli bin Salip Arjud, Jurutera Bahagian Kota Kinabalu dan Nelliah Sittor, Jurutera Bahagian Keningau menggantikan Ts. Zulkefli bin Salip Arjud yang akan mula bertugas sebagai Penolong Pengarah Cawangan Utiliti dan Alam Sekitar Ibu Pejabat.

Sebelum itu telah diadakan satu taklimat ringkas mengenai projek-projek yang sedang dipantau di JKR Bandaraya Kota Kinabalu disampaikan kepada Jurutera Bahagian Kota Kinabalu yang baharu untuk makluman dan tindakan seterusnya. Taklimat ringkas tersebut juga turut dihadiri oleh semua Penolong Jurutera dan Jurutera yang terlibat.

About The Author