TAWAU, 25 JUN – Menteri Kerja Raya Sabah, YB Datuk Ir. Shahelmey Yahya bersama YB Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy selaku Pembantu Menteri Pembangunan Industri & Keusahawanan, Setiausaha Tetap KKRS, Datuk Ridhwan Linus @ Roger Linus dan Timbalan Setiausaha II KKRS, Jasni Abu Suffyan Omar telah mengadakan Lawatan Kerja Bagi Projek Pan Borneo dan Tumpuan Ke Lokasi Kegagalan Cerun di Sepanjang Jalan Merotai-Kalabakan-Sapulut dan Lokasi Tapak Kerja CIPR.


Hadir sama, Mohd Shamsul Nizam Abd. Wahid, Timbalan Pengarah Sektor Pan Borneo, Muhammad Izam Jamal, Jurutera Bahagian Kawasan Selatan, Nasrullah Arifuddin, Penolong Pengarah Cawangan Penyenggaraan Jalan dan Murad Abd Rashid, Pegawai Daerah Kalabakan.


Syabas dan tahniah diucapkan kepada Jurutera Bahagian Kawasan Selatan JKR Tawau, Mohammad Izam Jamal selaku Wakil Pegawai Penguasa, dengan kerjasama dan sokongan yang sangat baik daripada Pasukan JKR Tawau serta komitmen yang baik dari pihak konsesi dalam menjayakan lawatan kali ini.
