KOTA MARUDU, 30 JUN – Majlis Penghargaan & Penyampaian Sijil Penghargaan kepada pelajar Latihan Industri telah diadakan bagi memberi penghargaan kepada kepada Jenex Anoryxon Bexto bin Jimmy yang merupakan penuntut Bachelor of Technology Management di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Beliau telah menjalani latihan industri selama tiga (3) bulan di JKR Kota Marudu bermula pada 10 Mac 2025 sehingga 30 Jun 2025.

Jurutera Daerah JKR Kota Marudu, Ts. Mohd Fauzi Zikiri dalam ucapan ringkas merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan mengucapkan ribuan terima kasih di atas komitmen, kerjasama dan sumbangan sepanjang menjalani latihan industri di JKR Kota Marudu.
Sepanjang tempoh latihan dibawah seliaan Penolong Jurutera, Ts. Christine Madatang, beliau telah menunjukkan komitmen dan disiplin serta semangat kerja yang tinggi.


Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Penolong Jurutera Kanan, Ahmad Mahmud, Ketua Unit Pentadbiran, Palimon Makapin, Penolong-Penolong Jurutera dan Kakitangan JKR Kota Marudu.
Terima kasih dan selamat maju jaya.
