KOTA KINABALU, 04 OGOS – Pihak Pengurusan Hospital Universiti Malaysia Sabah (HUMS) yang diketuai oleh Pengarah, Prof. Madya Dr. Hajah Malehah bt Datuk Mohd Noh telah mengadakan kunjungan hormat ke JKR Sabah, yang dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah Sektor Bangunan, Ir. Evelyn Pius.


Tujuan kunjungan itu adalah untuk memberikan taklimat berkaitan pengoperasian Hospital UMS dan perkhidmatan kesihatan dan keselamatan yang bakal diberikan kepada rakyat Sabah, serta membincangkan proses pengeluaran Sijil Menduduki (OC) untuk HUMS.




Hadir sama, KPP Cawangan Pembangunan dan Korporat, Cawangan Audit Dalam, Piawaian dan Kualiti, Cawangan Projek Bangunan, Cawangan Kejuruteraan Mekanikal dan wakil daripada Cawangan Arkitek dan Cawangan Sumber Manusia.



