TAWAU, 04 OGOS – Telah diadakan Majlis Penyerahan Projek Pembinaan Bangunan Rumah Buruh Juruukur Daerah Tawau yang disempurnakan oleh wakil Jurutera Bahagian JKR Tawau, Mahran Raisah Mohd Siri iaitu Jurutera Bangunan JKR Tawau, dan disertai bersama Juruukur Daerah Tawau, David Gungkak dan pihak kontraktor, Maydan Jaya, Harsan Muhd Saleh.

Projek ini telah bermula pada 20 Jun 2024 dan siap sepenuhnya pada 19 Jun 2025. Syabas dan tahniah diucapkan kepada Jurutera Bahagian Kawasan Selatan JKR Tawau, Mohammad Izam Jamal selaku Pegawai Penguasa dengan kerjasama dan sokongan yang sangat baik daripada pasukan Jurutera Bangunan, Jurutera Mekanikal dan Elektrik serta komitmen yang baik dari pihak kontraktor dan juga daripada pihak pelanggan iaitu Jabatan Tanah dan Ukur Negeri Sabah.

