KOTA KINABALU, 11 OGOS – Persatuan Kakitangan Islam JKR Sabah telah mengadakan Kursus Pengurusan Jenazah yang dilaksanakan di Dewan Sri Kinabatangan, JKR Sabah yang dihadiri oleh 50 orang perserta.


Tujuan utama kursus itu diadakan adalah untuk memberi pengetahuan dan kemahiran kepada peserta tentang cara menguruskan jenazah mengikut syariat Islam, dari saat kematian hingga pengebumian. Kursus ini juga bertujuan untuk membentuk individu yang berilmu, berakhlak mulia, dan mampu melaksanakan fardu kifayah ini dengan baik.


Taklimat kursus disampaikan oleh penceramah jemputan dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), Ustazah Neng Athirah Malinda Joslan dan disertai oleh Ustaz Ismail bin Gulam sebagai fasilitator.


