Screenshot 2025-08-12 121535

KOTA KINABALU, 11 OGOS – Fakulti Kejuruteraan, Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah mengadakan lawatan ke JKR Sabah bagi tujuan mempromosikan Program Sarjana Kejuruteraan Awam secara Kerja Kursus kepada warga jurutera dan pegawai teknikal JKR yang berkelayakan dan berminat untuk melanjutkan pengajian ke peringkat pascasiswazah.

Tujuan utama lawatan ini adalah untuk memberi penerangan lanjut berkaitan struktur program, kaedah pengajaran dan pembelajaran, bidang pengkhususan yang ditawarkan, serta kelebihan mengikuti program ini secara sambilan bagi kakitangan yang sedang berkhidmat.

About The Author