KOTA KINABALU, 18 OGOS – Bahagian Sivil, Sabah Electricity telah mengadakan Lawatan Teknikal dan Sesi Libat Urus Bersama Cawangan Cerun, Jabatan Kerja Raya Sabah.

Tujuan utama lawatan itu adalah untuk mengukuhkan hubungan strategik dan kerjasama teknikal, mendapatkan perkongsian ilmu, serta amalan terbaik dalam pengurusan cerun, membincangkan potensi kerjasama dalam bidang kejuruteraan geoteknikal termasuk pemantauan cerun, teknologi LiDAR dan sistem amaran awal, meningkatkan keupayaan teknikal pegawai-pegawai yang terlibat, serta menyelaras pertukaran data dan maklumat teknikal bagi perancangan, penyelenggaraan dan intervensi kejuruteraan yang lebih berkesan.
Bahagian Sivil, Sabah Electricity merupakan bahagian yang terlibat dalam pelaksanaan projek Penjanaan, Penghantaran, Pembahagian dan Kejuruteraan Awam. Projek-projek tersebut dilaksanakan untuk terus meningkatkan dan memperbaiki bekalan elektrik di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.
