KOTA MARUDU, 27 OGOS – Lembaga Pemeriksa Pelupusan Aset Kerajaan (LPPAK) telah melaksanakan pemeriksaan Aset Tak Alih (Bangunan) yang dimohon untuk dilupuskan di Kuarters Rumah Buruh Jabatan Tanah Dan Ukur, Kota Marudu.
Pemeriksaan ini dihadiri oleh Jurutera Daerah JKR Kota Marudu, Ts. Mohd Fauzi Zikiri selaku Pengerusi LPPAK bersama ahli-ahli LPPAK iaitu Geo Christal Oseas Ragot dan Aliuddin bin Salung. Turut hadir wakil dari Jabatan Tanah dan Ukur, Azizah bin Talip dan Penolong Jurutera JKR Kota Marudu, Ahmad bin Mahmud dan Aida Juraidah.

Tujuan pemeriksaan pelupusan aset ini adalah untuk memastikan dan mengesahkan bahawa keadaan aset yang dilupuskan adalah tidak lagi sesuai digunakan, tidak ekonomik untuk dibaiki atau telah mencapai akhir jangka hayatnya.

