IMG_7942

KOTA KINABALU, 13 SEP – Pertandingan Tenpin Boling 2025 anjuran Persatuan Kakitangan Islam JKR Sabah telah berlangsung meriah di KK Galaxy Bowl, Kota Kinabalu. Sebanyak 24 pasukan dari pelbagai daerah dan cawangan JKR Sabah mengambil bahagian, termasuk JKR Bandaraya KK, JKR Tuaran, JKR Papar, JKR Kota Belud serta cawangan seperti Kejuruteraan Elektrikal, Penyenggaraan Jalan, Audit Dalaman & Piawaian Kualiti, Arkitek, Utiliti & Alam Sekitar, Perbelanjaan & Bajet, Projek Jalan Luar Bandar, Jambatan, Cerun, Sumber Manusia, Ukur Bahan dan Kontrak & Ukur Bahan Pan Borneo.

Pertandingan julung kali ini dianjurkan melalui Biro Sukan & Rekreasi yang diketuai oleh Ketua Penolong Pengarah Cawangan Audit Dalaman, Piawaian & Kualiti, Mohd Dzulkarnain Mohd Jame bersama Penolong Jurutera JKR Bandaraya KK, Fazilah Hj Ansawi.

Bagi kategori berpasukan lelaki, tempat ketiga dimenangi pasukan Mario (JKR Tuaran), naib johan Tambuakar (gabungan CKEL, PJLB, Cerun & Ukur Bahan) manakala johan diraih oleh CKEL Dudley Boys. Untuk kategori berpasukan wanita, tempat ketiga milik Rolling Rookies (JKR Tuaran & JKR Bandaraya KK), naib johan Shelby (gabungan JKR KB, Cerun, CPJ & Kontrak Pan Borneo) dan johan dimenangi CKEL Sinaran Passport.

Anugerah pemain terbaik lelaki disandang oleh Ir. Azaniman Jaini (KPP CKEL) dengan 526 jatuhan pin, manakala kategori wanita dimenangi Nurfazrina Syzwin Jasri (CKEL) dengan 441 jatuhan pin. Penyampaian hadiah serta penutupan disempurnakan oleh YDP Persatuan Kakitangan Islam JKR Sabah merangkap KPP Cawangan Penyenggaraan Jalan, Mohd Hardy Bin Laidin @ Saidin. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan setinggi-tinggi penghargaan buat semua peserta yang menjayakan pertandingan edisi 2025 ini.

About The Author