KOTA KINABALU, 4 OKT – Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) telah menganjurkan Hari Bertemu Pelanggan bertempat di perkarangan Bangunan DBKK, Sabtu lepas.


Sesi Hari Bertemu Pelanggan DBKK adalah platform pertemuan dan perbincangan antara DBKK berkaitan aduan yang melibatkan perancangan, pembangunan, perkhidmatan dan tadbir urus Bandaraya Kota Kinabalu.
Orang ramai turut mengambil peluang untuk mendaftar sebagai ahli di reruai Smart City Friends (SCF), di mana mereka turut menyertai aktiviti-aktiviti menarik seperti pameran interaktif dan kuiz. Menerusi keahlian Smart City Friends, orang ramai dapat membantu DBKK menyampaikan maklumat penting berkenaan kerosakan infrastruktur atau isu perbandaran lain secara terus kepada pihak berkuasa.


Antara agensi-agensi yang turut membuka kaunter adalah Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Perkhidmatan Pembetungan Sabah (JPPS), Sabah Electricity (SE) serta syarikat konsesi, iaitu Globinaco Sdn. Bhd. dan Pembinaan Kekal Mewah Sdn. Bhd.


