KOTA MARUDU, 2 OKT – JKR Kota Marudu telah mengadakan Majlis Penghargaan dan Sambutan Pegawai Baharu. Majlis penghargaan diadakan bagi memberi penghargaan kepada dua (2) pegawai yang telah bersara iaitu Paudar Biur (Pembantu Khidmat Am, H1) yang bersara pada 13 Julai 2025 dan Ongkiou Maralap (Pembantu Khidmat Am, H1) yang bersara pada 30 September 2025.


Selain itu, majlis ini juga diadakan bagi memberi penghargaan kepada dua (2) Pelatih Latihan Industri yang akan menamatkan latihan industri di JKR Kota Marudu iaitu Nur Afifah Alezah binti Ahmad, dari UTHM dalam bidang Bachelor Of Civil Engineering dan Elyana Christy Jahani, dari UNIMAS dalam Bachelor Of Politic.
Jurutera Daerah, Ts. Mohd Fauzi Zikiri dalam ucapan beliau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada kedua-dua pesara yang diraikan di atas jasa dan sumbangan yang diberikan sepanjang tempoh perkhidmatan. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada kedua-dua pelatih latihan industri yang telah berjaya menamatkan latihan industri di JKR Kota Marudu.


Dalam masa yang sama, Ts. Mohd Fauzi Zikiri juga mengalu-alukan dan mengucapkan selamat datang kepada empat (4) pegawai baharu yang baru melapor di JKR Kota Marudu. Keempat-empat pegawai tersebut adalah Aron Nicholas Jemson (Jurutera Kerja), Michelleine Michael (Pen. Jurutera), Evounemily Binjimin (Pen. Jurutera) dan Addy Erick Sungline (Pembantu Kemahiran).




Ts. Mohd Fauzi Zikiri juga merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada seluruh ahli jawatankuasa penganjur yang dipengerusikan oleh Ts. Christine Madatang dan dibantu oleh Palimon Makapin kerana telah berjaya menjayakan majlis ini dengan lancar dan jayanya.
